my blog's

Senin, 04 Juni 2012


HADIS TENTANG SIFAT AIR
DAN UKURAN AIR

logo unj.png















عن ابى امامة البا هلي رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :"ان الماء لا ينجسه شئ, الا ما غلب على ريحه و طعمه و لونه" اخرجه اب ماجه, و ضعفه ابو حاتم
وللبيهقي :" الماء طهور الا ان تغير ريحه, او طعمه, او لو نه بنجاسة تحدث فيه".
Daripada Abu Umamah al-Bahili (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada sesuatu apa pun yang dapat membuat air itu menjadi najis kecuali dicemari oleh sesuatu yang menimbulkan perubahan pada bau, rasa, dan warnanya.” (Disebut oleh Ibn Majah dan dinilai dhaif oleh Abu Hatim)
Menurut riwayat al-Baihaqi: “Air itu suci dan menyucikan kecuali jika berubah bau, rasa, atau warnanya kerana dicemari najis.”


Makna Hadis

Air yang banyak akan menjadi najis apabila dicemari oleh najis dan salah satu daripada tiga sifatnya berubah. Apa yang dimaksudkan dengan sifat air ialah warna, rasa, dan baunya. Air dianggap suci dan menyucikan apabila najis yang jatuh ke dalamnya tidak merubah salah satu daripada sifatnya itu.


Analisis Lafaz

ؿَ غلب على ريحه و طعمه و لونه, maksudnya ialah salah satu sifatnya berubah, bukan semuanya, dan perubahan itu disebabkan oleh najis yang mencemarinya. Dari kalimat terakhir ini dapat disimpulkan bahawa apabila berubah kerana sesuatu yang suci, seperti yang disebut di dalam riwayat lain, maka air tersebut tidak menjadi najis, sebaliknya tetap kekal suci, namun tidak menyucikan. Air seperti itu biasanya digunakan untuk minum dan bukan digunakan untuk ibadah seperti berwuduk dan mandi junub.
تحدث فيه ”,   yang terjatuh ke dalamnya atau yang mencemarinya.
ضعفه ”,           Abu Hatim menilai hadis ini sebagai dha‟if kerana berasal daripada ri-wayat Rusydin ibn Sa‟ad. Pada mulanya beliau adalah seorang yang soleh dalam beragama, kemudian beliau mengalami jadzab (gila) orang yang soleh hingga para ulama hadis tidak lagi menerima riwayatnya.


Fiqh Hadis

Para ulama bersepakat bahawa air itu apabila dicemari atau dijatuhi najis hingga merubah salah satu daripada sifatnya, yakni warna, rasa, atau baunya, maka air itu menjadi najis.



Periwayat Hadis

Abu Umamah, nama aslinya ialah Shada ibn „Ajlan al-Bahili, seorang sahabat terkenal, meriwayatkan sebanyak 250 hadis. Beliau tinggal di Mesir, kemudian pindah ke Himsha hingga meninggal dunia pada tahun 81 Hijriah. Beliau adalah sahabat yang paling akhir meninggal dunia di negeri Syam.


Orang yang Menyebutkan Hadis

Abu Hatim al-Razi, gelarnya al-Imam dan al-Hafiz, nama aslinya adalah Muhammad ibn Idris Ibn al-Mundzir al-Hanzhali, salah seorang tokoh ulama terkemuka. Dilahirkan pada tahun 195 Hijriah. Imam al-Nasa‟i memberikan keterangan mengenainya bahawa beliau adalah seorang yang tsiqah. Beliau meninggal dunia pada tahun 277 Hijriah pada umur 82 tahun.
Al-Baihaqi, gelarnya adalah al-Hafiz al-„Allamah, seorang syeikh di Khurrasan. Nama aslinya adalah Abu Bakar Ahmad ibn al-Husain, banyak menulis kitab-kitab yang tiada tandingannya, hingga jumlah karya tulisannya mencapai lebih kurang seribu juzuk. Beliau adalah seorang yang warak, tak-wa serta bersifat zuhud. Pernah mengunjungi Hijaz, Iraq dan Baihaq, nama se-buah kota berhampiran Naisabur. Lahir pada tahun 384 Hijriah dan meninggal dunia pada tahun 454 Hijriah.






عن عبد الله عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " اذا كان الماء قلتين لم يحمل الخبث" و فى لفظ : " لم ينجس" . اخرجه الاربعة, و صححه ابن خزيمة والحاكم وابن حبان

Terjemah
Daripada Abdullah ibn Umar (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “Apabila air yang banyaknya dua qullah, maka ia tidak membawa najis.” Menurut lafaz yang lain: “tidak najis.” (Disebut oleh al-Arbaah, dan dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah, al-Hakim dan Ibn Hibban).

Makna Hadis

Berapa banyak Rasulullah (s.a.w) menjawab orang yang bertanya kepadanya dengan jawapan yang jelas dan tepat, supaya menjadi pelita yang dapat digunakan sebagai petunjuk untuk sepanjang masa. Ini termasuk sabda yang memisahkan antara perkara yang hak dan yang batil, dan merupakan tanda kenabiannya.
Rasulullah (s.a.w) pernah ditanya mengenai air yang ada di tengah padang pasir, yaitu pada dataran rendah dan tempat genangan air serta tempat yang selainnya. Air seperti itu biasanya tidak diketahui takaran dan jumlahnya, lalu Nabi (s.a.w) memberitahu bahawa air itu apabila jumlahnya mencapai dua qullah tidak membawa najis, artinya tidak menerima najis, bahkan najis itu tidak mempengaruhi kesuciannya.







Analisis Lafaz

قلتين bentuk tatsniyah dari lafaz qullah yang artinya wadah besar menurut buatan Hajar[1], beratnya lebih kurang lima ratus kati Iraq sama dengan 446 tiga pertujuh kati Mesir, atau 93 sha tiga mudd atau lima qirath Hijaz atau sepuluh shafihah.
 "لم يحمل الخبث"tidak terdapat najis.
"لم ينجس"                  tidak terkena najis atau tidak mempengaruhi kesciannya.

Fiqh Hadis

1.      Bekas jilatan binatang dan haiwan buas pada kebanyakannya tidak terlepas daripada najis, sebab biasanya haiwan buas apabila datang ke kolam untuk meminum air, ia menceburkan diri ke dalam kolam tersebut, lalu kencing di dalamnya, bahkan ada ketikanya tubuh haiwan itu tidak terlepas dari bekas kencing dan kotorannya.
2.      Berdasarkan hadis ini, Imam al-Syafi‟i dan Imam Ahmad membuat suatu ketetapan bahawa air banyak itu ialah air yang jumlahnya mencapai dua qullah dan tidak ada sesuatu pun yang membuatnya menjadi najis selagi warna, bau atau rasanya tidak berubah.


Periwayat Hadis

Abdullah ibn Umar ibn al-Khatthab al-Adawi, nama julukannya adalah Abu Abdurrahman al-Makki. Beliau masuk Islam sejak usia kanak-kanak lagi di Mekah, turut berhijrah bersama ayahnya, „Umar (r.a) dan turut menyertai perang al-Khandaq serta Bai’at al-Ridhwan. Hadis yang diriwayatkannya berjumlah 1,630. Anak-anaknya mengambil riwayat hadis daripadanya. Mereka adalah Salim, Hamzah dan Ubaidillah. Demikian pula dengan tabi’in yang jumlah mereka pun ramai. Ibn Umar (r.a) ini adalah seorang yang zuhud, wara’ dan seorang imam yang memiliki pengetahuan yang luas serta ramai pengikutnya. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 94 Hijriah dan dikebumikan di Mekah.


Orang yang Menyebutkan Hadis

Al-Hakim adalah imam para muhaqqiqin, julukannya adalah Abu „Abdullah, sedangkan nama aslinya adalah Muhammad ibn Abdullah al-Naisaburi dan dikenali dengan Ibn al-Bai. Beliau lahir pada tahun 321 Hijriah. Ketika berusia dua puluh tahun, beliau berangkat ke Iraq, lalu melaksanakan ibadah haji. Setelah itu, beliau mengelilingi Khurrasan dan negeri-negeri Asia Tengah. Beliau telah mendengar (hadis) daripada dua ribu orang syeikh dan telah mengambil hadis daripadanya al-Daruquthni, Imam al-Baihaqi, dan ramai ulama yang lain. Beliau seorang yang bertakwa, taat dalam menjalankan ajaran agama dan mempunyai banyak karya tulisan yang luar biasa. Di antara karya tulisannya ialah kitab al-Mustadrak dan Tarikh Naisabur. Beliau meninggal dunia pada tahun 405 Hijriah.
Ibn Hibban, gelarannya ialah al-Hafiz dan al-„Allamah, julukannya adalah Abu Hatim, sedangkan nama aslinya adalah Muhammad ibn Hibban ibn Ahmad al-Busti. Beliau adalah salah seorang ahli fiqh terkemuka dan memiliki hafalan hadis yang kuat dan mengajar fiqah di Samarqand. Imam al-Hakim mengambil hadis daripadanya. Imam al-Hakim mengatakan bahawa Ibn Hibban adalah lautan ilmu fiqh, berwibawa dalam menyampaikan khutbah, pakar bahasa dan seorang ulama yang berkarisma. Beliau meninggal dunia pada tahun 354 Hijriah dalam usia 80 tahun.


[1] Hajar adalah nama suatu tempat di kawasan Bahrain, terkenal dengan gentongnya yang mereka jual ke Madinah, lalu penduduk Madinah meniru buatan mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar