HADIS TENTANG SIFAT AIR
DAN UKURAN AIR

عن ابى امامة البا هلي رضي الله عنه قال : قال
رسول الله
صلى الله
عليه وسلم :"ان الماء لا ينجسه شئ, الا ما غلب على ريحه و طعمه و لونه" اخرجه اب ماجه, و ضعفه ابو
حاتم
وللبيهقي :" الماء طهور الا ان
تغير ريحه, او طعمه, او لو نه بنجاسة تحدث فيه".
Daripada Abu Umamah al-Bahili (r.a) bahawa
Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada sesuatu apa pun
yang dapat membuat air itu menjadi najis kecuali dicemari oleh sesuatu yang
menimbulkan perubahan pada bau, rasa, dan warnanya.” (Disebut oleh Ibn Majah
dan dinilai dha’if
oleh Abu Hatim)
Menurut
riwayat al-Baihaqi: “Air itu suci dan menyucikan kecuali jika berubah bau,
rasa, atau warnanya kerana dicemari najis.”
Makna
Hadis
Air yang banyak akan menjadi najis apabila
dicemari oleh najis dan salah satu daripada tiga sifatnya berubah. Apa yang
dimaksudkan dengan sifat air ialah warna, rasa, dan baunya. Air dianggap suci
dan menyucikan apabila najis yang jatuh ke dalamnya tidak merubah salah satu
daripada sifatnya itu.
Analisis
Lafaz
“
ؿَ غلب
على
ريحه
و
طعمه
و
لونه”, maksudnya ialah salah satu sifatnya berubah,
bukan semuanya, dan perubahan itu disebabkan oleh najis yang mencemarinya. Dari
kalimat terakhir ini dapat disimpulkan bahawa apabila berubah kerana sesuatu
yang suci, seperti yang disebut di dalam riwayat lain, maka air tersebut tidak
menjadi najis, sebaliknya tetap kekal suci, namun tidak menyucikan. Air seperti
itu biasanya digunakan untuk minum dan bukan digunakan untuk ibadah seperti
berwuduk dan mandi junub.
“
تحدث
فيه ”,
yang terjatuh ke dalamnya atau yang
mencemarinya.
“
ضعفه ”,
Abu Hatim menilai hadis ini
sebagai dha‟if kerana berasal daripada ri-wayat Rusydin ibn Sa‟ad. Pada mulanya
beliau adalah seorang yang soleh dalam beragama, kemudian beliau mengalami jadzab
(gila) orang yang soleh hingga para ulama hadis tidak lagi menerima riwayatnya.
Fiqh
Hadis
Para
ulama bersepakat bahawa air itu apabila dicemari atau dijatuhi najis hingga
merubah salah satu daripada sifatnya, yakni warna, rasa, atau baunya, maka air
itu menjadi najis.
Periwayat
Hadis
Abu Umamah, nama aslinya ialah Shada ibn „Ajlan
al-Bahili, seorang sahabat terkenal, meriwayatkan sebanyak 250 hadis. Beliau
tinggal di Mesir, kemudian pindah ke Himsha hingga meninggal dunia pada tahun
81 Hijriah. Beliau adalah sahabat yang paling akhir meninggal dunia di negeri
Syam.
Orang
yang Menyebutkan Hadis
Abu Hatim al-Razi, gelarnya al-Imam dan
al-Hafiz, nama aslinya adalah Muhammad ibn Idris Ibn al-Mundzir al-Hanzhali,
salah seorang tokoh ulama terkemuka. Dilahirkan pada tahun 195 Hijriah. Imam
al-Nasa‟i memberikan keterangan mengenainya bahawa beliau adalah seorang yang tsiqah.
Beliau meninggal dunia pada tahun 277 Hijriah pada umur 82 tahun.
Al-Baihaqi, gelarnya adalah al-Hafiz al-„Allamah,
seorang syeikh di Khurrasan. Nama aslinya adalah Abu Bakar Ahmad ibn al-Husain,
banyak menulis kitab-kitab yang tiada tandingannya, hingga jumlah karya
tulisannya mencapai lebih kurang seribu juzuk. Beliau adalah seorang yang
warak, tak-wa serta bersifat zuhud. Pernah mengunjungi Hijaz, Iraq dan Baihaq,
nama se-buah kota berhampiran Naisabur. Lahir pada tahun 384 Hijriah dan
meninggal dunia pada tahun 454 Hijriah.
عن
عبد الله
عمر رضي
الله عنهما
قال : قال
رسول الله
صلى الله
عليه وسلم
" اذا كان
الماء قلتين
لم يحمل
الخبث" و
فى لفظ
: " لم ينجس"
. اخرجه الاربعة,
و صححه
ابن خزيمة
والحاكم وابن
حبان
Terjemah
Daripada
Abdullah ibn Umar (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “Apabila air
yang banyaknya dua qullah, maka ia tidak membawa najis.” Menurut lafaz yang
lain: “tidak najis.” (Disebut oleh al-Arba’ah, dan dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah,
al-Hakim dan Ibn Hibban).
Makna
Hadis
Berapa banyak Rasulullah (s.a.w) menjawab
orang yang bertanya kepadanya dengan jawapan yang jelas dan tepat, supaya
menjadi pelita yang dapat digunakan sebagai petunjuk untuk sepanjang masa. Ini
termasuk sabda yang memisahkan antara perkara yang hak dan yang batil, dan
merupakan tanda kenabiannya.
Rasulullah (s.a.w) pernah ditanya mengenai air
yang ada di tengah padang pasir, yaitu pada
dataran rendah dan tempat genangan air serta tempat yang selainnya. Air seperti
itu biasanya tidak diketahui takaran dan jumlahnya, lalu Nabi (s.a.w)
memberitahu bahawa air itu apabila jumlahnya mencapai dua qullah tidak membawa
najis, artinya tidak menerima najis, bahkan najis itu tidak mempengaruhi
kesuciannya.
Analisis
Lafaz
“قلتين” bentuk tatsniyah dari lafaz qullah yang artinya
wadah besar menurut buatan Hajar[1], beratnya
lebih kurang lima ratus kati Iraq sama dengan 446 tiga pertujuh kati Mesir,
atau 93 sha’ tiga mudd atau lima qirath Hijaz atau sepuluh shafihah.
"لم يحمل الخبث"tidak terdapat najis.
"لم ينجس" tidak terkena najis atau tidak
mempengaruhi kesciannya.
Fiqh
Hadis
1.
Bekas
jilatan binatang dan haiwan buas pada kebanyakannya tidak terlepas daripada
najis, sebab biasanya haiwan buas apabila datang ke kolam untuk meminum air, ia
menceburkan diri ke dalam kolam tersebut, lalu kencing di dalamnya, bahkan ada
ketikanya tubuh haiwan itu tidak terlepas dari bekas kencing dan kotorannya.
2.
Berdasarkan
hadis ini, Imam al-Syafi‟i dan Imam Ahmad membuat suatu ketetapan bahawa air
banyak itu ialah air yang jumlahnya mencapai dua qullah dan tidak ada sesuatu
pun yang membuatnya menjadi najis selagi warna, bau atau rasanya tidak berubah.
Periwayat
Hadis
Abdullah ibn Umar ibn al-Khatthab al-Adawi,
nama julukannya adalah Abu Abdurrahman al-Makki. Beliau masuk Islam sejak usia
kanak-kanak lagi di Mekah, turut berhijrah bersama ayahnya, „Umar (r.a) dan
turut menyertai perang al-Khandaq serta Bai’at al-Ridhwan. Hadis yang
diriwayatkannya berjumlah 1,630. Anak-anaknya mengambil riwayat hadis
daripadanya. Mereka adalah Salim, Hamzah dan Ubaidillah. Demikian pula dengan
tabi’in yang jumlah mereka pun ramai. Ibn Umar (r.a) ini adalah seorang yang
zuhud, wara’ dan seorang imam yang memiliki pengetahuan yang luas serta ramai
pengikutnya. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 94 Hijriah dan dikebumikan
di Mekah.
Orang
yang Menyebutkan Hadis
Al-Hakim adalah imam para muhaqqiqin,
julukannya adalah Abu „Abdullah, sedangkan nama aslinya adalah Muhammad ibn Abdullah
al-Naisaburi dan dikenali dengan Ibn al-Bai’. Beliau lahir pada tahun 321 Hijriah.
Ketika berusia dua puluh tahun, beliau berangkat ke Iraq, lalu melaksanakan
ibadah haji. Setelah itu, beliau mengelilingi Khurrasan dan negeri-negeri Asia
Tengah. Beliau telah mendengar (hadis) daripada dua ribu orang syeikh dan telah
mengambil hadis daripadanya al-Daruquthni, Imam al-Baihaqi, dan ramai ulama
yang lain. Beliau seorang yang bertakwa, taat dalam menjalankan ajaran agama
dan mempunyai banyak karya tulisan yang luar biasa. Di antara karya tulisannya
ialah kitab al-Mustadrak dan Tarikh Naisabur. Beliau meninggal dunia pada tahun
405 Hijriah.
Ibn Hibban, gelarannya ialah al-Hafiz dan al-„Allamah,
julukannya adalah Abu Hatim, sedangkan nama aslinya adalah Muhammad ibn Hibban
ibn Ahmad al-Busti. Beliau adalah salah seorang ahli fiqh terkemuka dan
memiliki hafalan hadis yang kuat dan mengajar fiqah di Samarqand. Imam al-Hakim
mengambil hadis daripadanya. Imam al-Hakim mengatakan bahawa Ibn Hibban adalah
lautan ilmu fiqh, berwibawa dalam menyampaikan khutbah, pakar bahasa dan
seorang ulama yang berkarisma. Beliau meninggal dunia pada tahun 354 Hijriah
dalam usia 80 tahun.
[1] Hajar adalah
nama suatu tempat di kawasan Bahrain, terkenal dengan gentongnya yang mereka
jual ke Madinah, lalu penduduk Madinah meniru buatan mereka.